Review Filem Triangle

Salam..

Minggu lepas tengok cerita mind-blowed. Harini pun mind-blowing juga ni.


Sinopsis:

Filem Triangle (2009) dibintangi oleh Melissa George sebagai watak utamanya.
Mengisahkan sekumpulan sahabat naik bot dan terserempak dengan cuaca buruk. Kemudian mereka jumpa sebuat kapal lalu naik kapal tu untuk berlindung. Namun itu bukan kapal yang biasa-biasa..

Review:

Filem yang sangat memeningkan kepala..
Mula-mula tengok tu okay lagi la, dapat tangkap jalan ceritanya.
Makin lama makin pening..
Dekat-dekat nak ending tu lagi teruk pening...
Ending dia terbaik!

Sama seperti filem predestination; amik masa juga duk fikir dia punya timeline tu.
Akhirnya dapat juga selepas seminggu memikirkan..
Hohoho...

Macam mana la dorang boleh fikir idea macam ni...?

Plot sangat kemas.
Dari satu babak ke satu babak sangat tense dan menimbulkan tanda tanya sambil-sambil duk figure-out siapa tu? Kenapa macam tu? Itu siapa pula..
Dalam masa yang sama kita duk cari jalan macam mana nak tamatkan masalah ini...

Visual cantik.
Bukan sangat bagus, namun cantik secukupnya..
Sesuai dengan filem yang thriller macam ni..

Lakonan sangat bagus, terutama watak utamanya buat muka suspense dan susah hati..
Kaklong pun turut sama rasa kecut perut.

Walaupun filem dah habis ditonton, namun otak tak habis lagi duk memikir.

Movie ni best sangat Kaklong bagi 9/10 bintang.

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram