Review Filem : Predestination

Salam..


Predestintion adalah sebuah filem Science Fiction  pada tahun 2014, dibintangi oleh pelakon hebat Ethan Hawk dan Sarah Snook.

Mengisahkan seorang ejen sulit yang boleh merentas masa. Dia ditugaskan untuk ke masa lampau demi mengelakkan satu serangan besar yang bakal berlaku di masa hadapan.

Ini adalah salah satu filem yang mid-blowing bagi Kaklong sebab tak sangka la cerita ni macam ni.
Lepas abes tengok pun susah nak move on sebab Kaklong cuba kaitkan jalan cerita dan logik.
Dalam dua tiga hari juga la memikir.

Filem ni walaupun tak masuk akal; tapi mereka berjaya buat ia masuk akal.
Canggih tul.
Tercari-cari juga kat mana error kat timeline dia yang boleh menjadikan filem ni tak masuk akal.
Malang sekali tak jumpa la error tu..
Pergh!

Fokus utama Predestination ialah jalan ceritanya.
Dari satu babak ke satu babak cukup dinamik membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ni?

Selain tu elemen misteri yang diterapkan membuatkan penonton tak sabar-sabar nak tau ending sehinggalah satu demi satu misteri terungkai dan rungkaian tu susah nak diterima akal, mahupun jiwa kita.

Kalau Kaklong duduk kat tempat watak utama tu pun; Kaklong tak sure sama ada terus menerima takdir, ataupun nak melawan takdir.

Lakonan kedua-dua pelakon sangat bagus.
Terutama sekali Sarah Snook tu.
Body language, suara, mimik muka membuatkan Kaklong tertanya-tanya ni lelaki ke perempuan sehinggalah semuanya terjawab.

Dari segi visual pun sedap ditonton..
Namun begitu jalan cerita dan lakonan mereka cukup mantap sampai tak terperasan nak tengok visual.
Seronok tengok cerita pelik macam ni.

Berapa bintang nak bagi.?

Bagi 10/10 bintang. Ya! Bintang penuh, sedap punya pasal.

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram