Review Filem : The Circle

Salam

Awal giler kitorang menonton filem ni.
Sekarang baru tulis.

Review tu semua SPOILER, tiada tulisan pink.


Filem The Circle
Sinopsis Filem The Circle

Mengisahkan gadis pinggir bandar yang dapat pekerjaan di syarikat besar, The Circle. Kehidupannya yang serba ringkas berubah kerana perlu beradaptasi dengan lifestyle kat sana yang sangat berteknologi tinggi sehinggalah sesuatu yang tak baik telah berlaku membuatkan dia melakukan satu kesilapan ringkas yang mengubah hidupnya.

Review:

Bagi Kaklong la kan..
Tak best sampai Kaklong takde perasaan nak cerita.
Namun demi tanggungjawab sosial, kugagahi juga menulis review ni. T___T

Idea best!
Jalan cerita best!
Lakonan Emma Watson best!

Yang tak bestnya dari sudut persembahan.
Sori, Kaklong tak tau term yang tepat.
Bukan budak seni, cuma penonton biasa je.

Trailer dia jauh lebih best dari movie.
Trailer dia tu la yang buat Kaklong eager sangat nak tengok.
Pastu minit demi minit kecewa sehingga ke babak terakhir.
Babak terakhir dia tu pun macam, "hah? Dah abes ke? Apa ending dia..?"
Tak syok :(

Okay, sebenarnya takde la tak best sangat.
Cuma meletakkan dua bintang iaitu Tom Hank dan Emma Watson dalam cerita yang hanya macam ni je garapannya macam tak berbaloi. Mereka berdua ada huge talent kot untuk dipersiakan dalam filem seperti ini.

Babak demi babak dipersembahkan dengan tersangat simple.
Skrip pun ringkas giler.
Macam asal buat je atau budget movie.
Itu pendapat Kaklong la.
Macam potong daging dengan pisau tumpul.
Daging tu terpotong juga tapi tak puas.

Penyampaiannya juga sangat cetek bak kata kawan Kaklong, "hanya di permukaan sahaja"
Diakui kita dapat rasakan ketakutan yang ingin disampaikan, tapi tak berapa dalam.
Sangat tohor.

Seolah-olah ia diarahkan oleh amatur.
Kalau ini ialah hasil projek akhir tahun, ia dah dikira cukup bagus.
Ke memang diarahkan oleh amatur.?
Sori, Kaklong tak check siapa pengarahnya.

Filem ni diambil dari novel kan.
Mungkin baca novel lagi best dari tengok filem ni.
Adakah Kaklong patut beli novel dia..?
Jeng jeng jeng!

Klimaksnya ialah apabila Mae amik keputusan untuk U-turn.
Time tu Kaklong excited giler la nak tengok apa yang bakal dia buat.
Dan....
Ya...
Apa yang dia buat tu memang hebat..
Tapi cara penyampaian tu tak cukup la...
Entah la, macam terlalu straight forward.
Sepatutnya garapan tu lebih kemas lagi..
Ni tumpul je aku tengok.

Okay la nak puji la sikit.

Lakonan Emma bagus.
Dia faham watak tu dan kata-kata dia sangat convincing.
Terutama semasa dia buat public speaking, memang nampak sangat dia excited dan believe in herself.
Masa dia bagi cadangan dalam mesyuarat tu pun sangat meyakinkan.

Filem ni boleh sangat dibuat dengan lebih baik dan lebih rapi.
Skipnya patut ditebalkan sikit dengan perbualan yang lebih santai dan mesra sehingga terikat tali persahabatan antara Mae dan Ty Lafitte sebelum diberi kepercayaan dibawa melihat rahsia The Circle.

Plot Mae ragu-ragu tentang transparent sehingga dia bertukar fikiran dan yakin dengan pilihannya boleh dikembangkan lagi dengan buat dia berfikir sendirian ke, flash back ke, tengok berita ke, tengok masyarakat sekeliling ke sehingga dia yakin dengan keputusannya itu. Dalam filem ni semuanya nampak terburu-buru.


Ye la, kalau kita yang tak pandai apa-apa pasal seni pun nampak macam mana nak kembangkan cerita, apalagi Hollywood kan.
Tu la yang buat Kaklong rasa macam sedang tengok budget movie.

Namun begitu; mungkin juga filem ni dibuat untuk tontonan remaja.
Supaya para remaja berminat menonton dari awal hingga habis dan secara tak langsung buatkan mereka faham impak buruk yang bakal berlaku apabila identiti kita dapat diakses oleh semua orang tanpa had. Mungkin ia bole buat para remaja berfikir dan lebih berhati-hati menggunakan teknologi..

Logik juga.
Kalo filem ni dibuat dengan berat dan detail dan banyak dialog; remaja bukan suka sangat pun filem detail-detail ni. Remaja zaman sekarang suka yang ringkas dan straigh forward je.

Kehadiran Tom Hank pula mungkin untuk attrack golongan ibu bapa supaya mereka menonton dan memahami impak buruk teknologi terhadap anak-anak kesayangan mereka.
Pendapat Kaklong je la..
Tak semestinya betul. Hehe..

Kaklong pun tak tau nak rate macam mana..
Penyampaian tak bagus tapi content/ idea sangat bagus..

Bagi 5/10 (markah banyak kat idea dari novel dan lakonan)

Wassalam...

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram