Review Locke

Salam..

Spoiler Alert
Spoiler takde warna pink kali ni..

Filem ni menarik..
Ataupun...
Sangat tak menarik..

Depend pada citarasa masing-masing..
Alahai, musyuk musyuk..

Ada 3 sebab kenapa filem Locke ni menarik (bagi Kaklong):

1) Sebab Tom Hardy.

2) Sebab lokasi filem.

3) Sebab accent dia yang seksi.

Hmmm....
Macam tak profesional je ketiga-tiga reasons tu.. Haha..
Lantak la..
Blog ni pun takde la profesional mana..

Kaklong minat Tom Hardy sejak tengok dia dalam The Drop.
Lepas tu dalam Child 44, Legend, The Revenant dan Mad Max: Road Fury.
Semua filem tu dia lakonkan dengan sangat hebat.

Paling terkesan ialah The Drop..
Dalam citer tu dia nampak seksi sangat..
Kaklong rasa macam nak jadi milik dia..
Suka tengok dia dalam scene gulung tangan orang dalam wrapper tu..
Macam pro je.. Haha..

Menggulung pun boleh nampak pro ke?
Pelik betul aku ni..

Sepelik-pelik Kaklong filem ni lagi pelik..

Sepanjang filem ni korang akan nampak Mr Locke (Tom Hardy) bawak kereta je sampai sudah.
Pelakon lain semuanya hanya melakonkan suara dari dalam telefon..

Kisahnya..
Locke perlu hadir ke upacara besar dari syarikat dia bekerja pagi esok. Memandangkan dia orang penting, wajib hadir. Namun begitu, wanita yang mengandungkan anak dia (bukan isteri) tiba-tiba nak melahirkan anak malam tu juga. Malam tu kebetulan dia dah janji nak tengok sukan (tak ingat sukan apa) dengan isteri dan anak-anaknya.

Akhirnya dia buat keputusan pergi ke wanita yang nak bersalinkan anak dia tu, cancel temujanji dengan famili dan pagi esok dia tak dapat hadir, kene contact kawan dia uruskan.. Kawan dia pulak tak tau apa-apa. Sebenarnya tau, tapi bukan tugas dia kan; tiba-tiba je jadi bidan terjun.

Locke nak juga hadir ke hospital tu sebab dia takmo jadi macma ayah dia. Dia nak jadi seorang yang bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan (termasukkan kesilapan termengandungkan assistant dia masa tengah mabuk malam tu). RAsa tanggungjawab tu bukan hanya pada anak luar nikah tu, tapi juga kepada famili dia. Dalam phone tu juga dia bagitau isterinya pasal kelahiran bayi tu.

Stress gila situasi tu..
Kawan dia yang panik tak tau nak buat apa untuk upacara pagi esok..
Masalah-masalah yang timbul last minute..
Isteri dia yang marah kerana kecurangannya..
Wanita yang tengah nak bersalin tu pula panik sebab sorang diri kat hospital.
Dan dia pula duk dalam kereta tengah drive..

Selain tu aksen dia pun seksi tau.
Kaklong tak kenal aksen apa tu..
Tapi rasa terpesona je dengan dia bercakap..
Kalau tak faham cerita apa atau tak faham apa dia cakap pun takpe..
Aksen tu dah cukup buatkan kita terbuai-buai..

Eee.. kenapa review aku macam ni..?

Okay..

Paling penting, filem ni lain dari yang lain..
Tahap stress dia pun bole tahan, kalo kita ada family value yang kuat..
Remaja dan muda mudi mungkin kurang minat kot..
Belom sampai masa nak feel citer macam ni

Kekuatan utama filem ni ialah skrip dia dan kedua lakonan Tom..
Susah kot nak berlakon sambil bawa kereta dan tuturkan skrip je..
Takde pelakon lain selain diri sendiri, nak interaksi pun susah,,
Itu bagi kita la yang tak pandai berlakon ni..
Tapi beliau buat dengan smooth je..

Salute salute..

Korang yang nak cari kelainan bole la tengok filem ni.
Cite rni takde aksi, ada bercakap-cakap je..
Tak macam transformer la.. Huhu

Wassalam..

p/s: Tau tak filem ni yang hanya dia sorang je muncul dan scene cuma bawak kereta dari awal hingga akhir; bajetnya ialah 2juta USD.. Perghh.. Bayar apa je 2 juta tu..?

1 juta gaji Tom, selebihnya kos produksi kot.. :D

0 comments:

Powered by Blogger.

My Instagram